Friday 25 November 2011

Ku Ingin Kenalimu.

Ceritakn aku
selembar kisah hidupmu
berikan aku
bacaan cacatan nurani
jauh terpendam disudut hatimu
tersarang dibenakmu
membuka mata hatiku
akan siapa dirimu itu
aku ingin mengenalimu
dibalik sinar mata yang berkaca
kasihmu meluaskan alam
membawa aku berlari
mencari sinaran pelangi
ketika bayang bayang
menjadi tempat bersembunyi

aku sedar kau terlalu jauh
buat aku jadikan
tempat berteduh
tetapi sesungguhnya tak mampu
aku fahami
erti kehidupan
tanpa kau jelaskn
berikan aku ruang untuk
aku bertamu
dalam juzuk hatimu
meski pun kecil
izinkan aku mengenali mu
agar mampu aku datang membantu
ketika saat kau memerlukanku..
Moga Rindu Itu..

Tersentuh hati ini..
saat kenangan itu mengetuk hati..
umpama dosa
yang kuat merantai diri
liku kepayahan
aku susur penuh kekuatan
mencari sinar impian
agar tidak lagi
bertemankan sepi
namun sekuat mana pun..
aku menolaknya..
makin hebat mengcengkam jiwa..
sampai saat ini..
aku mampu lagi berdiri
akan ku serah pada ilahi
rinduku padanya
akan berlalu pergi
pergi sejauh-jauhnya..
Tibanya waktu ini..

Berlalunya masa semalam
saat aku merinduimu
berlalunya masa semalam
tika aku menantimu
berlalunya waktu semalam
saat aku mengharapkanmu

tibanya waktu ini
aku tabah tanpamu
tibanya waktu ini
ada insan lain menghargaiku
tibanya waktu ini
engkau hadir dalam hidupku
tibanya waktu ini
hatiku bukan lagi milikmu..
KEJORA..

satu dalam sejuta
gemilang menghiasi langit
menitipkan segenap rasa
menjelmakan keanehan
melahirkan gelora
bulan sabit mengukirkan
senyuman..
sinar bintang membelai mesra
angin mengutus melodi rindu
apakah cinta telah berbunga?
Sekuntum kembang di taman hati..

Mekar lah sekuntum kembang
ditaman hati naluri
dengan wangian kasih
yang semerbak beriringan
embunan pagi syahdu
menebarkan dedaunan dari benih
sayang yang mula bercambah
atas nama kerinduan..
moga nanti kembang ini
akan bertambah mekar
semekar mentari menerangi
seluruh alam cinta suci abadi..
Kedamaian..
Kedamaian ini
mengapadimalam gelita ini
terus begini dirundung duka
melukiskan
semua kepedihan
diwarnai sepi yang terpendam
disetiap penjuru
disetiap kalbu
turut sama membisu
apakah tragedi berlaku
kelam malam yang sepi
menjemput suatu mimpi
untuk kedamaian hati
mentari esok hari
pastinya realiti
menjanjikan ketabahan diri
memburu harapan sejati
gubahan rindu
puisi syahdu...
Sajak buat sahabat..
Buat sahabat sejatiku
kita pernah berselisih
bercakaran dibalik
senyuman..
senyuman yang hanya
kita tahu kebenarannya
memisah jasad dan jiwa
yang ketandusan
sepi menguasai
bila kita mula menyedari
kita umpama
ombak dn pantai
irama dn lagu
tak kan terpisah
walau badai segunungan
walau ribut selautan
kita tetap utuh
kerana selamanya
kita adalah satu..