Friday, 25 November 2011

Sekuntum kembang di taman hati..

Mekar lah sekuntum kembang
ditaman hati naluri
dengan wangian kasih
yang semerbak beriringan
embunan pagi syahdu
menebarkan dedaunan dari benih
sayang yang mula bercambah
atas nama kerinduan..
moga nanti kembang ini
akan bertambah mekar
semekar mentari menerangi
seluruh alam cinta suci abadi..
Kedamaian..
Kedamaian ini
mengapadimalam gelita ini
terus begini dirundung duka
melukiskan
semua kepedihan
diwarnai sepi yang terpendam
disetiap penjuru
disetiap kalbu
turut sama membisu
apakah tragedi berlaku
kelam malam yang sepi
menjemput suatu mimpi
untuk kedamaian hati
mentari esok hari
pastinya realiti
menjanjikan ketabahan diri
memburu harapan sejati
gubahan rindu
puisi syahdu...
Sajak buat sahabat..
Buat sahabat sejatiku
kita pernah berselisih
bercakaran dibalik
senyuman..
senyuman yang hanya
kita tahu kebenarannya
memisah jasad dan jiwa
yang ketandusan
sepi menguasai
bila kita mula menyedari
kita umpama
ombak dn pantai
irama dn lagu
tak kan terpisah
walau badai segunungan
walau ribut selautan
kita tetap utuh
kerana selamanya
kita adalah satu..

Thursday, 24 November 2011

Bukan ku pinta

kasih..
bukanya mudah untuk ku lafazkn..
terlalu payah untuk membicarakan..
tpianya tetap trsimpan,
jauh menyusuri...
setiap celahan impian..
kasih..
bukan ku pinta
perasaan itu hadir
kerana sudah tertulis munculnya
tanpa di undang
menagih kasih
yg tak kesampaian..
tak munkin ku miliki
biar pun dialam realiti
mahu pun fantasi..
sayang..
biarlh ruang ilham ini
menjadi sandaran
pada yg terpendam..
ku luahkn perasaan
dalam diam ku mencintaimu..

Wednesday, 23 November 2011

Pertemuan..

bingkisan kasih ku utuskan
buatmu yang jauh dr pandangan
kita terpisah antara jarak dn waktu
ingin ku raih dlm peluk kan kalbu
sayang yg tak pernah luput
terpahat indah saat bersama
kasih yg sentiasa berpanjangan
umpama ombak dn pantai
yg tdk pernah berhenti menghempas
andai tiada pertemuan
tiada hati berlagu rindu
tiada jiwa yg akan bersatu
menyanyikn lagu bahagia
tiada nostalgia mnjd kenangan
biar pahit & manis dirasa bersama
semuanya kerana sebuah pertemuan..
Cinta ku..
cinta satu anugerah
terukir dr hati yg suci dn setia
tenggelam erat penuh kasih sayang
sukar tergugat oleh perasaan
walau seindah pelangi menyapa
malah cinta hadir bersama rasa
rindu terpahat dijiwa
cinta itu ada ruang untuk kita
disetiap penjuru kasihmu
semboyan cinta yg kau tiupkan
bersama irama lagu yang kau janjikan
mengejar aku tarian kebahagian
keikhlasan hati menjd sendun
ucapan kasih yg kau lagukan
paduan asmara yang kau alunkan
ku nyanyikan lagu rindu buatmu
iramaku hanya lh puisi syahdu
retakgemalai rona asmara..
istimewa buatmu sayangku..

Friday, 4 November 2011

Kesepian..

hari-hari yang ku lalui
kini terasa sepi..
jiwaku kosong tk terperi
hidupku tk seindah mimpi
aku tahu diriku tidak sempurna
untuk dicintai..
tapi aku punya
perasaan dn hati..
aku mahu dicintai dn dihargai..
hinakah aku disisimu..
mengemis kasih pd yg tidak sudi
kesedihan ini tiada siapa yang tahu
hanya pada tuhan..
tempatku berkongsi sepi